syarat & SEJARAH PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ AZZIKRUL HAKIM - MATAZH
PENGENALAN
Maahad Tahfiz Azzikrul Hakim (MATAZH) adalah sebuah pusat pengajian yang berasaskan “ILMU,SULUK,DAKWAH“dan telah pun didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pusat pengajian Al Quran ini bertujuan memenuhi tuntutan fardu khifayah dan bukanlah untuk mencari keuntungan dunia.
Bermula dari awal Januari 2015, kami telah berusaha membaik pulih sebuah bangunan wakaf milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Bangunan ini adalah sebuah rumah diubahsuai untuk kegunaan sekolah tahfiz tetapi tidak digunakan selama 6 tahun. Kami telah di bantu oleh orang yang ikhlas untuk menginfakkan barangan keperluan untuk baik pulih bangunan tinggal ini. Mahad Tahfiz Azzikrul Hakim (MATAZH) telah siap diselenggara pada tarikh 03/03/2015 dan memulakan operasi pada 30/03/2015. Fasa pertama beroperasi dengan dua sesi pagi dan petang. MATAZH juga membuka pengajian untuk kelas dewasa kepada sesiapa yang ingin mempelajari kitab suci al Quran secara berseorangan atau berkumpulan. Dengan izin Allah, MATAZH telah memulakan operasi sepenuh masa pada 16/08/2015 bersamaan 01 Zulkaedah 1436H sehingga sekarang dengan jumlah pelajar sepenuh masa seramai 43 orang.
Pihak MATAZH juga telah memulakan pengajian untuk pelajar Banat dengan menyewa dua unit rumah berhampiran tempat operasi pelajar Banin.

matlamat
· Menjadi alternatif bagi melahirkan para huffaz yang cemerlang dalam bidang diniyyah
· Menjadi pusat tarbiyyah generasi huffaz yang dapat menghayati dan memperjuangkan tuntutan Al Quran dalam kehidupan ummah
· Melahirkan yang mampu mendokong Al Quran seterusnya melahirkan golongan
· jilul quran yang sebenarnya pada masa akan datang · Membetuk jiwa dan keperibadian sebagai seorang alim dan bertaqwa dengan pengajian ilmu bersanat sampai ke Rasullullah

syarat kemasukan pelajar
Pada permulan operasi pihak Matazh menerima semua ketagori pelajar sehinggalah mereka di beri pengasingan kelas mengikut prestasi semasa mereka.
Pihak Matazh mengenakan yuran pengajian seperti berikut :-
- Yuran pendaftaran RM 400 . 00 untuk sekali sahaja ( pelajar banin )- Yuran bulanan RM 450 . 00 setiap pelajar (pelajar banin )- Yuran Pendaftaran RM 600 . 00 untuk sekali sahaja ( pelajar banat )- Yuran bulanan RM 450 . 00 setiap pelajar (pelajar banat )
… Sekiranya ada pelajar berhenti di separuh jalan dan mahu meneruskannya semula mereka akan di kenakan yuran pendaftaran yang baru.

konsep maahad tahfiz azzikrul hakim
Maahad tahfiz ini diasaskan kepada konsep. “ ILMU, SULUK, DAKWAH “ dimana kurikulum Penghafazan Al Quran adalah dengan diimbangi dengan subjek diniyyah sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di mana – mana madrasah lain yang mempunyai kedua-dua aliran ini..
sejarah ringkas maahad tahfiz azzikrul hakim
Maahad Tahfiz Azzikrul Hakim mula ditubuhkan pada 3 Mac 2015 di tapak bangunan No 1 Lorong 3B PKNS 13 ½ , 47100 Puchong , Selangor. Bermula dengan 8 orang pelajar pada awalnya, idea penubuhan maahad tahfiz ini dicetuskan daripada beberapa ahli fikir yang diketuai oleh Encik Mohd Helmy bin Hashim dan Puan Natrah Binti Mohamed dengan kerjasama Syeikh Majid Al-Humaid dari Sana’a , Yaman untuk melahirkan pelajar tahfiz yang cemerlang di dunia dan akhirat, Selain itu, untuk memastikan generasi yang lahir pada maahad tahfiz ini dapat menjadi jilul quran yang bergerak dan mampu untuk kembalikan masyarakat mengikut ajaran Al Quran yang sebenar.